<body> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=3054107564476057249&blogName=url.blogspot.com&publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&navbarType=BLACK&layoutType=CLASSIC&homepageUrl=http%3A%2F%2Furl.blogspot.com%2F&searchRoot=http%3A%2F%2Furl.blogspot.com%2Fsearch" height="30px" width="100%" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" id="navbar-iframe" frameborder="0"></iframe> <div id="space-for-ie"></div>
Wednesday, 28 December 2011
dot dott dott .la

assalamualaikum ..

hye! hari nie saya nak stoli mollie sikit maa..huhu! maklumlah nak practice buat essay nanti..kan kite da lama school break, otak puns da incorrectly function i guest..first at all! masehh kepada followers2 sume..ilebiu! :')
.n_n

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

jurang perbezaan status antara Mir dengan Nabila bagaikan langit dan bumi. manakan tidak, Mir merupakan seorang anak hartawan terkenal di Kuala Lumpur. manakala Nabila pula merupakan seorang anak penjaja keropok. Nabila merupakan seorang pelajar yang pandai sewaktu di sekolahnya dahulu, dia mempunyai cita-cita yang diimpikan..Nabila menyimpan hasrat untuk menjadi seorang doktor. manakala Mir, tidak mempunyai sebarang cita-cita kerana sudah pasti dia akan mewarisi legasi syarikat keluarganya, SR Persada Holding. 

Mir merupakan seorang anak lelaki tunggal kepada Encik Sophian dan Puan Rina. kehidupannya penuh dengan kemewahan. soal wang ringgit langsung tidak difikirkannya kerana setiap bulan dia akan mendapat 'gaji' daripada ayahnya. sejak balik daripada UK tiga minggu yang lalu, secara tidak langsung Mir menjadi penganggur  terhormat di rumah banglo milik keluarganya. 

Mir, seorang jejaka tampan yang didambakan oleh sesiapa sahaja yang melihatnya. namun, Mir tidak nakal. dia tidak merayau ke sana sini. hidupnya hanyalah didalam rumah sambil melayan lagu, bermain piano, bermain game dan tidur. itulah rutin kehidupannya. Mir dibawa pulang semula ke tanah air kerana dia telah gagal dalam peperiksaan semester akhir di salah sebuah universiti di sana. 

Suatu hari, Mir telah menemani mamanya ke sebuah pasaraya di Selangor. semasa hendak membayar barang yang dibeli di 'cashier', Mir ternampak seorang perempuan Melayu berbaju kurung kain 'cotton', bertudung serta memiliki seraut wajah yang manis apabila dipandang..Tiba2 ..

mama- eh, Nabila rupanya..dari mana nih beli barang banyak sangat?
Nabila- ohh auntie rupanya, saya beli barang keperluan untuk ibu menjual lah..
mama-(senyum).. kenalkan, ini lah anak auntie yang baru balik dari UK tu, (sambil menudingkan jarinya kepada Mir)
Nabila-(senyum sambil menundukkan mukanya)
mama- Nabila, ini Mir.. Mir, ini Nabila.. anak kenalan mama..
Mir-salam perkenalan..(sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam)
Nabila- tak manis kalau berpegang tangan tanpa ada ikatan.(sambil melontarkn senyuman)
Mir-saya faham(tersipu-sipu menutup mukanya yang telah kemerahan)\

tanpa pengetahuan Mir, mamanya telah mengupah Nabila untuk menjadi guru peribadi Mir dirumahnya. pada keesokkan harinya, datanglah Cikgu Nabila kerumahnya untuk mengajar.. terkejut bukan kepalang lah Mir dibuatnya..namun, setelah berhari-hari..mereka akhirnya terbiasa..pelbagai gurau senda menggantikan kemarahan setiap kali Nabila datan mengajar. 

tanpa mereka sedari, mereka telah pun jatuh cinta. tetapi, masing2 takut untuk meluahkan isi hati. biarlah cinta mereka berjalan setenang air sungai mengalir. 

suatu hari, Nabila tidak dapat datang untuk mengajar 'anak muridnya' seperti biasa kerana dia terpaksa mengikuti kursus praktikal untuk menjadi doktor. manakala Mir, dimasukkan ke hospital kerana pengsan di dalam bilik tidurnya. 

auntie Rina telah berkali-kali cuba menelefon Nabila untuk memberitahu tentang keadaan Mir yang dimasukkan ke ward di salah sebuah hospital swasta di Selangor. namun, segalanya hanya sia-sia kerana Nabila menutup handphone-nya. 

kawan- Nabila, hari ni kau kena operate sorang patient taw! dia menghidap barah. da kritikal. kau tolong2 lah doktor Maseira tu yer.kau kan bakal doktor bedah nanti..
Nabila-(ketawa). aku akan cuba selamtkan patient kita tu nanti dengan doktor Maseira.

auntie Rina begitu buntu memikirkan penyakit yang dihidapi anak lelaki kesayangannya itu. setahunya, Mir bebas daripada mana2 penyakit. 

tibalah masa untuk Mir dibedah. sebelum dimasukkan ke dewan pembedahan, dia sempat menghulurkan sepucuk surat kepada mamanya.. 

kehadapan mama, papa dan Nabila. maafkan Mir kerana merahsiakan penyakit ini daripada pengetahuan kamu semua. Mir tidak mahu orang yang Mir sayang bersedih apabila mengetahui penyakit yang dihidapi Mir, Mir sebenarnya menghidapi penyakit barah otak tahap kritikal. Mir mula mengetahui penyakit iniapabila Mir membuat medical check-up di salah sebuah hospital di UK. mama, papa.. Mir sengaja menggagalkan peperiksaan akhir semester kerana Mir ingin balik ke pangkuan mama dan papa.. Mir ingin menjalani hari2 terakhir Mir dengan mama dan papa.. maafkan Mir..Nabila, maafkan saya kerana merahsiakan perkara ini daripada awak. maafkan saya kerana selalu memarahi awak ketika awak mengajar saya. saya berbuat begitu kerana pada saya, marah tanda sayang. saya suka melihat awak mengetap bibir apabila dimarah oleh saya. saya suka melihat awak mengajuk apabila dimarahi saya. saya impika gadis seperti awak untuk menjadi teman hidup saya.. namun, itu semua hanyalah angan2 saya yang mustahil tercapai..memang saya tidak dapat nafikan bahawa saya telah pun jatuh cinta terhadap awak saat pertama kali kita berjumpa di pasaraya. namun, saya tidak dapat meluahkan isi hati saya kepada awak kerana saya tidak mahu awak mencintai lelaki yang bakal menemui Ilahi seperti saya.. sekali lagi, maafkan saya Aina Nabila .. 
salam sayang,Mir Shahiran. 
menitis air mata auntie Rina apabila membca bingkisan terakhir daripada anak tersayang.. 

(sementara itu didalam dewan pembedahan)

Nabila- aku nervous lah nak buat operation ni.. (muka cemas)
Maseira- alahh, macam mana nak jadi doktor bertauliah kau nih..kau tolong2 aku jee..bolehh lahh..
Nabila-yerlah2..kau senanglah cakap, ni da masuk kali ke 5 kau buat operation besar macam ni, aku ni....

tanpa sempat Nabila menghabiskan kata-katanya..patient yang dikatakan telah pun memasuki dewan pembedahan..

Maseira-hoi Nabila, cepatlah..kau mengelamun apa lagi tuu..patient da tunggu kau nihh..(sambil mempersiapkan alatan pembedahan)
Nabila- tak mengelamun lah, aku baca doa..(sambil menyaut apron pembedahan dan memakai mask)
Maseira- eh Nabila, kau pergi buis patient tuu..

dengan berdebar-debar, Nabila melangkahkan kakinya ke katil..

zapp!!! hampir tercabut jantungnya apabila melihat patient itu adalah MIR! lelaki yang dia dambakan telah terlantar lemah di atas katil..mahu tidak mahu, Nabila harus meneruskan sesi pem-bius-san itu..

sepanjang pembedahan dijalankan. Nabila tidak putus2 mendoakan agar Tuhan menyelamatkan nyawa Mir. sesekali, air matanya sudah tidak dapt diseka untuk jatuh..manakan tidak, lelaki yang dulunya bergurau senda dengnnya kini sudah terlantar tidak sedarkan diri dihadapannya..

setelah hampir 5jam penantian, pembedahan terpaksa dihentikan kerana keadaan Mir tersangat lemah dan doktor Maseira tidak berani untuk melakukan sebarang pembedahan keatas pesakitnya itu..dia hanya memohon kepada Yang Maha Esa agar menyelamatkan nyawa pesakitnya itu..

 pada 14 May 2010 dan tepat jam 11:48 malam, hari Sabtu.. Mir sudah tidak dapat bertahan lagi.. dirinya bagaikan sudah dimamah. hanya dia sahaja yang tahu betapa azabnya penderitaan yang dialami.. dia akhirnya menghembuskan nafas yang terkahir disamping mama, papa,Nabila serta bberapa orang doktor..

tangisan demi tangisan dapat didengari dari bilik khas tersebut..auntie Rina memeluk Nabila sambil menghulurkan bingkisan terakhir daripada Mir..

hanya air mta mampu dilontarkan oleh Nabila setelah membca isi kandungan surat tersebut. SAYA JUGA SAYANGKAN AWAK MIR SHAHIRAN!! (bisik hati kecil seorang gadis bernama Aina Nabila)

jejaka yang dia dambakan..jejaka yang dia impikan untuk menjadi peneman hidpunya kini telah meninggal di usia muda..Mir meninggal sehari sebelum hari lahirnya yang ke-21..

(setahun berlalu)-di sebuah kedai makan di bandaraya KL.

ibu-sudah2 lah Nabila.. jangan dikenang orang yang dah takde, tak baek.. ibu tengok, da setahun kau macam nih..
Nabila-ibu tak faham apa yang Nabila rasa.
ibu-ibu bukan tak faham sayang, tapi ibu sedih melihat anak ibu terus begini. kumbang bukan seekor. lagipun. kau tuu, rupa ada, kerjaya ada.. lelaki mana yang tak mahu macam kau nih..sudahlah..lupakalah Mir..

sekali lagi kolam mata Nabila dipenuhi air jernih..tiba2..

waiter- cik.. boleh saya ambil pesanan..

sebaik sahaja Nabila mengangkat mukanya, hanya Tuhan yang tahu betapa terkejutya dia apabila mendapati pelayan yang berdiri dihadapannya mempunyai muka yang sebiji seperti Mir..

ibu-minta air horlicks ais satu and fresh orange satu,
waiter-tuu jee..makan?
ibu-takpelah..dah kenyang..heheh..

sebaik sahaja pelayan tersebut pergi..

Nabila-ibu..ibu perasan tak..muka waiter tuu macam Mir kan..entah2...

tanpa sempat Nabila menghabiskan patah perkataanyaa, ibunya memotong..

ibu-dah2..dia bukan Mir.. Mir da takde Nabila. dah takde.. itu Amir Shariman.. bukan Mir Shahiran..
Nabila-aikk? macam mana ibu leh tahu?
ibu-da terpampang kat name tag dia tuu, ibu bace jee..dah2..kat dunia ni, ramai pelanduk dua srupe Nabila

(suatu hari, aku pasti akan keluar dengan Amir Shariman)
bisik hati kecil Nabila..

(sementara itu di banglo milik uncle Sophian)-rumah Mir..

mama-kenapa papa tak ambil Amir jadi executive manager kat syarikat kita?
papa-papa nak ajar dia berdikari..nanti bila dia dah bersedia, papa ajaklah dia..(sambil menghirup kopi)
mama-papa rela tengok anak angkat kita tu jadi pelayan?
papa-asalkan dia dapat berdikari..

selepas kematian Mir.. uncle Sophian dan auntie Rina mengambil seorang anak angkat untuk menutup kesedihan yang dialami setelah ditinggalkan oleh Mir..anak angkat beliau bernama Amir Shariman..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

sory crite tak best..hope enjoy ek! boboi!!  wassalam..

yanie 20:24